WAKAF TELAGA DI BUMI AFRIKA
Program sumbangan Amal Water4Life (Produk Berimpak Tinggi) adalah program sepanjang tahun daripada Yayasan Amal Malaysia dalam dan luar negara untuk membantu komuniti masyarakat yang sangat memerlukan sumber air bersih sebagai minuman dan kegunaan aktiviti harian.
Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,
“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya ?” Rasulullah S.A.W bersabda, “ Air…” Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”
(Hadith Riwayat Abu Daud)
SALAM PARA PEWAKAF YANG DIKASIHI ALLAH SEKALIAN
Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,
“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?”
Rasulullah S.A.W bersabda “ Air…”
Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”
(Hadith Saad Riwayat Abu Daud)
______________________________________________________________
PROGRAM WAKAF AL-QURAN
JOM AMBIL PELUANG JUGA UNTUK BERWAKAF AL-QURAN. INSHA ALLAH WAKAF AL-QURAN AKAN DISAMPAIKAN INI KEPADA PARA TAHFIZ DI SANA (CHAD, AFRIKA). SETIAP BUTIR HURUF QURAN YG MEREKA LAFAZKAN, AKAN BERTERBANGAN TERHAPUS DOSA² KITA UMPAMA DEBU YG TAK BERNILAI - # BIIZNILLAH
# Menangis hati kami bila tengok anak² Muslim di tahfiz/perkampungan di pedalaman negara Afrika. Ada yg belajar menulis huruf di atas pasir, tiada whiteboard. Dicarik-carik senaskah Quran kpd helaian utk dikongsi ramai. Mereka terpaksa m enulis di atas papan kayu usang untuk hafalan ayat. Berpanas terik belajar di bawah matahari dan zink besi hampir beberapa jengkal di kepala. Makanan dan minuman harian terpaksa dicatu..mashaa Allah.
Allahu...kami # cukup # terdesak untuk membantu mereka belajar dan hidup lebih baik..
Kami ingin bawa # wakaf anda semua sebanyak mungkin di perkampungan pelarian di Cameroon, Sudan, Uganda, Afghanistan, Pakistan dll.
RM600 000 DIPERLUKAN UNTUK PEMBELIAN AMBULANS UNTUK BANTU GOLONGAN ASNAF YANG MEMERLUKAN
Setiap hari, pasti akan ada golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kecemasan Ambulans di Johor. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor berusaha sehabis baik membantu mereka yang memerlukan.
Buat pengetahuan semua, setiap hari permintaan untuk perkhidmatan ambulans semakin meningkat. Keperluan ambulans yang sedia ada hanya dapat membantu kawasan tertentu sahaja. Oleh itu, pihak Yayasan Amal Cawangan Terengganu berhasrat untuk menambah bilangan ambulans bagi meluaskan sasaran bantuan kepada masyarakat.
Dana ini akan digunakan bagi :
Selain itu, antara hasrat murni daripada pihak kami adalah ingin membantu golongan asnaf yang ingin menggunakan perkhidmatan ambulans. Keseluruhan kos juga akan ditanggung oleh dana yang disumbangkan ke dalam tabung ini.